M5: PENGUKUHAN NEGARA BANGSA
qKONSEP DEMOKRASI
qPERJALANAN
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
KONSEP DEMOKRASI
Ø
Malaysia menjalankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan.
Ø
Hal ini bermaksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara.
Ø
Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa
kepada tiga bahagian dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Pelaksana atau Eksekutif.
Ø
Setiap negeri dalam Malaysia telah menyerahkan sebahagian kuasa
masing-masing, seperti kewangan, pertahanan dan pelajaran, seperti mana yang
telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan
Pusat.
Ø
Raja-raja di Sembilan buah negeri diberi kuasa untuk memelihara adat
istiadat orang Melayu dan pentadbiran agama Islam di negeri masing-masing.
Ø
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam
bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
Ø
Dalam demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa memilih pemimpin dan
kerajaan melalui pilihan raya.
Ø
Wakil yang dipilih oleh rakyat sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri akan bertanggungjawab serta bertindak untuk memperjuangkan
kepentingan rakyat yang diwakilinya.
Ø
Melalui pilihanraya, rakyat diberi hak bagi memberi mandat kepada
sesuatu seperti parti untuk membentuk kerajaan.
Ø
Kuasa rakyatlah yang akan menentukan parti yang akan memerintah negara
serta membentuk corak pembangunan dan masa depan rakyat.
PERJALANAN PILIHAN RAYA
DI MALAYSIA
1) PENGELUARAN WRIT
Ø
Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau
terdapat kekosongan di luar jangkaan, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat
kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang
sama satu notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang
mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut akan mengandungi tarikh
penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.
2) PENAMAAN CALON
Ø
Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, antara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang
penamaan daripada calon, pencadang atau penyokong
atau ketiga-tiga sekali. Selain dari penyerahan tiga salinan borang penamaan,
calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan
Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan
Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri. Borang-borang ini perlu dimatikan setem di
Pejabat Duti Setem.
3) KEMPEN PILIHAN RAYA
Ø
Selepas urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya
bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster,
ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu dihentikan pada
jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.
Ø
Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar deposit bahan
kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan
raya Dewan Undangan Negeri. Begitu juga
pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa
tempatan. Bagi membolehkan calon-calon
mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.
4) PENGUNDIAN
Ø
Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya
ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang
telah ditetapkan. Pada amnya masa mengundi
yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
diseluruh negara. Namun demikian ada
juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan
kesukaran pengangkutan terutamanya di
Sabah dan Sarawak.
Ø
Setiap pusat mengundi biasanya
mempunyai lebih dari satu tempat mengundi. Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat
Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu.
Ø
Bagi pengundi-pengundi tidak hadir
atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang
ditetapkan. Namun demikian semua kertas
undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.
5) PENJUMLAHAN
RASMI UNDI
Ø
Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan
membuat pengiran kertas undi. Keputusan
pengiraan undi ini akan dimasukkan kedalam borang 14. Semua borang 14 ini akan dibawa kepada
Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14
ini dan jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramaisatu
persatu dan jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13
Penyata Kertas Undi.
Ø
Apabila semua keputusan Borang 14 - Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata
Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos diterima dan diumumkan, beliau
akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.
6) PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA
Ø
Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi
sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi
majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan
raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati
dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya
melalui petisyen pilihan raya.
p/s : Proses Pilihan Raya dirujuk daripada http://www.spr.gov.my
Comments
Post a Comment