M4: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT (PERBANDINGAN ALIRAN)

PRINSIP PENDIDIKAN

TRADISIONAL:
Perenialisme
vPendidikan ke arah mendapatkan kebenaran seterusnya memahami kebenaran tersebut.
vPendidikan sebagai latihan bagi membentuk dan memperkembangkan minda dan intelektual.
vPendididkan juga bertujuan menyelaraskan manusai kepada kebenaran.
Esensialisme
vSegala ilmu pengetahuan yang diperoleh mestilah boleh diamalkan.
vPembelajaran ialah usaha dan aplikasi yang bersungguh-sungguh.
Bahan yang digunakan dalam proses pengajaran telah disediakan.

MODEN:
Progresivisme
vPendidikan sebagai proses yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran dan masyarakat.
vPelajar lebih banyak berperanan dalam aktiviti pembelajaran manakala guru sebagai pembimbing.
vMasyarakat bersifat demokratik.
Rekonstruksionisme
vPelajar dilatih supaya memperoleh kemahiran untuk mengatasi masalah sosial.
vGuru dan pelajar adalah agen pembaharuan dan penyelesaian masalah sosial.
Eksistensialisme
Pengetahuan individu berpunca daripada pengalamannya dengan persekitaran.

TUJUAN PENDIDIKAN

TRADISIONAL:
Perenialisme
vMengajarkan nilai dan ilmu pengetahuan yang bersifat universal.
vMencari kebenaran dan menyebarkannya kepada generasi seterusnya.
Esensialisme
vMemberi latihan mental dan intelek untuk membantu seseorang menjadi manusia yang berpersonaliti dan mempunyai tingkah laku yang baik.
vGuru harus mengamalkan gaya kepimpinan demokratik, mengambil inisiatif menjalankan tanggungjawab sebagai pengajar, kreatif membentuk pengajaran yang kondusif, mahir mengaplikasikan segala bentuk peneguhan, ganjaran serta menguruskan disiplin dan bilik darjah.

MODEN:
Progresivisme
vAktiviti P&P dirancang berdasarkan minat, keperluan dan kebolehan murid.
vSekolah merupakan tempat untuk memperoleh ilmu pengetahuan, bekerja dan hidup bermasyarakat.
Rekonstruksionisme
vPendidikan adalah untuk pembaharuan perekara-perkara yang terdapat dalam sistem sosial.
vMasyarakat perlu mengamalkan prinsip demokrasi.
vSegala kemahiran yang diperoleh di sekolah diaplikasi untuk membawa perubahan dan kemajuan.
Eksistensialisme
Mengembangkan potensi individu seluas-luasnya.

KURIKULUM PENDIDIKAN

TRADISIONAL:
Perenialisme
v  Berpusatkan mata pelajaran.
v  Tumpuan terhadap mata pelajaran Bahasa, Ilmu Kemanusiaan, Kesusateraan, Matematik, Sejarah, doktrin-doktrin dan maklumat daripada buku ternama.
v  Pelajar tidak digalakkan memilih mata pelajaran elektif.
v  Guru dianggap orang yang berilmu dan pengetahuannya tidak boleh dipersoalkan.
v  Menekankan kaedah pengajaran sokratik.
v  Sekolah menyediakan pembelajaran yang membekalkan kehidupan pelajar apabila dewasa nanti.
Essentialisme
v  Penekanan kepada kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) pada peringkat sekolah rendah.
v  Pada peringkat sekolah menengah, penekanan lebih intensif dan diperluaskan meliputi mata pelajaran seperti Matematik, Sains, Ilmu Kemanusiaan, Bahasa dan Kesusateraan.
v  Guru sebagai role model yang harus dicontohi.
v  Sekolah berperanan sebagai badan yang mengekal, memelihara dan menyebarkan warisan budaya dan sejarah berkaitan dengan pengetahuan.

MODEN:
Progresivisme
v  Berkisarkan pengalaman, peribadi dan sosial pelajar.
v  Kurikulum dibina berteraskan subjek Sains Sosial.
v  Kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan bersifat merentasi kurikulum.
v  Guru harus mencadangkan sumber pembelajaran daripada pelbagai sumber.
v  Peranan guru sebagai pemudah cara atau fasilitator.
Rekonstrukksionisme
v  Isi kandungan sosial seharusnya meliputi aspek-aspek masalah sosial, ekonomi dan politik.
v  Kaedah P&P yang sesuai digunakan mestilah sesuatu yang berstruktur atau mengandungi elemen-elemen kajian saintifik.
Eksistensialisme
v  Tidak ada kurikulum yang tetap, sistematik dan berstruktur.
v  Pelajar menggunakan pengalaman, bahan yang berkaitan dengan subjek tertentu dan kemahiran intelektual


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah IPGKPM.