Sejarah IPGKPM.



Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGKPM), dahulu dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu(MPPM) dan asalnya dahulu dikenali sebagai Malay Women's Training College (MWTC) ialah sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Institut ini dianggap unik, dalam erti kata institut ini satu-satunya pusat latihan perguruan yang melatih bakal guru-guru perempuan, berbangsaMelayu dan beragama Islam.

Falsafah
IPGKPM berazam untuk terus berjuang ke arah penghayatan dan pembinaan semangat keintelektualan dan profesionalisme pendidikan perguruan berlandaskan FPK sesuai dengan ajaran Islam dan Kebudayaan Melayu.

Visi
Visi IPGKPM ialah menjadi pusat kecemerlangan pendidikan guru menjelang 2010


Misi

Melengkapkan dan menggunakan sumber dan kepakaran secara optimum untuk melahirkan guru yang berkemahiran masa kini dan masa akan datang.


Moto

IMAN ILMU INTEGRITI

IPGKPM mengutamakan pemantapan iman, penguasaan dan penghayatan ilmu, kebijaksanaan berfikir dan kecekapan bertindak ke arah pembentukan jati diri insan guru yanrintegriti.


IPGKPM Melaka.

Logo Kampus

Logo lama 

  • Logo IPGKPM membawa pengertian yang berikut: Bintang berbucu lima melambangkan Rukun Islam yang lima dan juga Rukun Negara;
  • Bulan sabit berwarna kuning melambangkan kesucian Agama Islam;
  • Daun mengambil sempena nama tempat terletaknya Institut ini iaitu di Durian Daun.
  • Nama IPGKPM dalam tulisan Jawi Nasakh melambangkan Institut mendukung keperibadian Melayu-lslam.
  • Warna kuning dan biru melambangkan warna Institut, yang juga selari dengan pengertian warna-warna pada bendera Malaysia, disebabkan Institut ini merupakan sebuah institusi di bawah Kerajaan Persekutuan;
  • Moto IPGKPM ialah “Iman Ilmu Integriti”

Matlamat

  • Melahirkan guru yang reflektif, bersepadu dalam pelbagai disiplin ilmu, berupaya mengamalkan dan menyebarluaskan ilmu dan kemahiran;
  • Membentuk watak guru peteladan dari segi kecerdasan pemikiran, kemantapan rohani, kestabilan emosi, ketangkasan jasmani, penampilan diri dan berkemahiran interpersonal;
  • Mewujudkan iklim organisasi yang kondusif bagi menyuburkan dan meningkatkan profesionalisme keguruan;
  • Membina pasukan kerja yang cekap, jelekit dan beriltizam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan;
  • Mewujudkan rangkaian kerjasama antara IPG dengan institusi pendidikan, masyarakat, dan agensi-agensi lain untuk memahami senario pendidikan dan menangani isu pendidikan semasa;
  • Menjadikan IPGKPM pusat rujukan pendidikan dan menyediakan perkhidmatan konsultasi dari segi pedagogi, pengurusan pendidikan, pembangunan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan, dan prasarana

Teras kecemerlangan

  • Menyediakan latihan guru yang berasaskan sekolah ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan dan merapatkan jurang perbezaan pendidikan dalam kalangan pelajar.
  • Menjana kecemerlangan pendidikan dalam bidang TMK dan pintar cerdas.
  • Memartabatkan profesion keguruan melalui penghayatan dan amalan budaya IPG.
  • Membudayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
  • Meningkatkan kualiti dan memantapkan sistem penyampaian latihan perguruan.








Comments

Popular posts from this blog

M4: FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT (PERBANDINGAN ALIRAN)