Kepemimpinan Sekolah
Guru menjadi pemimpin perlu membentuk hubungan kolaboratif dengan guru-guru lain dan mencari peluang untuk membuat perubahan. Guru merupakan pendidik yang profesional yang berminat meneruskan tugas sebagai pengajar dan bukan sebagai pentadbir. Tempoh guru untuk menjadi pemimpin berkesan di sekolah biasanya mengambil masa dua puluh hingga tiga puluh tahun berbanding Guru Besar (3-5 Tahun) Sekolah yang berjaya bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seorang Guru Besar. Walaupun sekolah mempunyai kelengkapan yang lengkap tetapi Guru Besar seorang yang kurang produktif menyebabkan sekolah berkenaan tidak akan cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap sangat penting dalam kepimpinan pendidikan. Guru Besar Memainkan peranan sebagai kepimpinan profesional. Guru besar mempunyai kualiti dan tret yang baik dapat mempamer gaya kepimpinan yang baik, berkesan dan lestari. Guru besar mesti memiliki kemahiran pentadbiran, pengurusan dan ke...